Tuesday 11 October 2016

DUB 1012-PENGAJIAN MALAYSIA

KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN RAJA BERPERLEMBAGAAN

AHLI KUMPULAN:

MUHAMMAD SYAMIL BIN ROSLI 
(16DKA16F1098)
MUHAMAD NAIM BIN KHALIB  
   (16DKA16F1093)
MUHAMMAD IMRAN BIN MALEK
 (16DKA16F1079)
MOHAMAD AIDIL AFNAN BIN MOHD SUHAIMI 
 (16DKA16F1136)

DEMOKRASI BERPALIMEN

DEMOKRASI BERPARLIMEN


Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

    Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

    Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

    Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

    Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

    Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

    Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

    Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

    Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya . 

RAJA BERPERLEMBAGAAN

  • RAJA BERPERLEMBAGAAN
      Raja berpelembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut pembentukan dalam perlembagaan malaysia.

      Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia. YDPA dipilih oleh Majlis Raja-raja mengikut aturan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Perlembagaan. Baginda dipilih dalam kalangan sembilan orang raja Melayu dari sembilan buah negeri (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor) secara bergilii-gilir dalam tempoh lima tahun sekali. 

PERLEMBAGAAN

  • PERLEMBAGAAN
      Merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara.Perlembagaan rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.



PARLIMEN

  •        PARLIMEN
       Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

       Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.


PARTI POLITIK

  • PARTI-PARTI POLITIK
     Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama.Part-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa.
antara lambang parti politik

PILIHAN RAYA

  • PILIHAN RAYA
       Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri mahupun persekutuan.Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.  

       Dalam proses pilihan raya, rakyat bebas untuk memilih wakil-wakil Parlimen bagi menerajui pimpinan pemerintahan pusat dan memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri sebagai pemimpin kerajaan negeri. Calon yang mendapat undian yang terbanyak walaupun lebihan satu undi diisytiharkan sebagai pemenang kerusi yang dipertandingkan.





       Pilihan raya di Malaysia diadakan setiap lima tahun sekali. Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60hari selepas Parlimen dibubarkan oleh YDPA (sehingga 90hari bagi Sabah dan Sarawak)

       Terdapat tiga pihak yang terlibat dalam sesuatu proses pilihan raya:


  1.  Badan yang mentadbir pilihan raya
  2.  Pengundi
  3.  Calon yang bertanding

PROSES PILIHAN RAYA



KEBEBASAN ASASI

  • KEBEBASAN HAK ASASI
      Semua rakyat berhak mendapat perlindungan di sisi undang-undang. Malaysia memberikan setiap individu itu hak yang bersesusaian dengan fitrahnya sebagai pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan yang diberikan. Perlembagaan tidak menyekat kebebasan dan pergerakan individu kecuali atas faktor keselamatan, kesihatan awam dan hukuman.

    Kebebasan Asasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan bersyarat.Kebebasan mutlak adalah kebebasan yang tidak besyarat.Manakala Kebebasan bersyarat pula berlandaskan kepada peraturan tertentu. 

    Walaubagaimanapun, isu-isu sensitif seperti isu yang berkaitan dengan agama, bahasa kebangsaan, hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu adalah dilarang untuk dibicarakan secara terbuka.



SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA DI MALAYSIA

STRUKTUR SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA MALAYSIA
    Parlimen Malaysia yang bercirikan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang unik .

    Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri.Terdapat berbagai nama yang diberikan untuk menggambarkan bentuk pemerintahan sesebuah negara seperti demokrasi, sosialis, monarki dan lain-lain.

     Dalam sistem berkenaan, terdapat jenis pemerintahan yang membenarkan penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi pemerintahan negara.Sementara itu terdapat juga pemerintahan yang tidak memberi ruang kepada rakyat untuk terlibat dalam pengurusan pemerintahan negara.

     Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendauatkan kebebasan rakyat.Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat.Istilah popular demokrasi "kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat".


      Unsur penting dalam demokrasi ialah "pemerintahan rakyat".Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat.Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi.Dalam autokrasi, rakyat tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan terlibat dalam urusan pemerintahan negara




PENGAJARAN

PENGAJARAN :

  • Pengajaran yang diperoleh daripada sistem pemerintahan Demokrasi berparlimen di Malaysia ialah kita hendaklah bersedia menerima perubahan yang positif demi memastikan kelancaran sistem pentadbiran negara kita.
  • Kita haruslah menggunakan hak kita sebagai rakyat untuk memilih pemimpin yang bertanggungjawab.
  • Kita juga perlu menjaga dan mengekalkan sistem demokrasi yang diamalkan sejak negara diisytiharkan merdeka bertujuan menjamin keamanan dan kemakmuran negara.

RUJUKAN

RUJUKAN:

KESIMPULAN

KESIMPULAN YANG DIPEROLEH DARIPADA BLOG INI :
      
     Negara kita Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.




    Kuasa pemeritahan di Negara kita dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pelaksanaan, dan badan kehakiman. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat dijalankan dengan baik dan mantap dengan sokongan padu rakyat.      
   
    Dalam konteks DEMOKRASI BERPARLIMEN rakyat memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan organisasi negara. Secara umumnya, rakyat adalah tunggak utama dalam konsep demokrasi berparlimen demi mencari wakil rakyat yang akan memimpin negara